MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KETIGA BELAS
30/04/2015 12:00:00 PM
Soalan Adakah biasiswa dan bantuan pengajian disediakan oleh Kerajaan Negeri kepada anak Negeri Pulau Pinang? (a) Jika ada sila nyatakan statistik mengikut jumlah, kaum dan jurusan. (b) Masih adakah bantuan pengajian dari MAIPP untuk pelajar jurusan agama di luar negara?
Dun -
Exco
Perkara --

Jawapan
Kerajaan Negeri tidak menyediakan biasiswa dan bantuan pengajian kepada anak negeri Pulau Pinang namun Kerajaan Negeri menyediakan Bantuan Pendaftaran Pelajar ke IPTA bagi pelajar yang ibu bapa mereka merupakan pengundi berdaftar di Pulau Pinang. Bantuan ini diberikan secara one-off sebanyak RM1,000 dan boleh dimohon melalui laman web ibita.penang.gov.my yang dibuka sebanyak dua kali setahun.

Setiap tahun MAIPP memperuntukan Bantuan Pendidikan kepada pelajar jurusan agama di Luar Negara. Pelajar-pelajar ini merupakan mahasiswa yang menuntut di Mesir, Jordan, Indonesia dan Maghribi.

Jumlah peruntukan yang dikeluarkan oleh pihak MAIPP melalui Sumber Zakat bagi Pelajar Agama di Luar Negara bagi sesi 2012/2013 adalah seperti di bawah:-
Jumlah yang dikeluarkan oleh pihak MAIPP melalui Sumber Zakat bagi Pelajar Agama di Luar Negara bagi sesi 2012/2013 adalah seperti berikut:

NEGARA
JUMLAH (RM)
BILANGAN (ORANG)
Mesir
RM302,000.00
83
Jordan
RM175,000.00
25
Indonesi
RM56,000.00
15
Maghribi
RM24,000.00
4
Kembali